2-Hari Fiber Optik Splicing
MENGENAI KURSUS
Splicing adalah proses untuk menyambung 2 fiber optics yang dibuat daripada serat kaca yang bersaiz antara garispusat 8 micron ke 10 micron.
Splicing yang juga dikenali sebagai penyambungan atau jointing adalah proses yang penting untuk menyambung fiber optik kabel jarak jauh.
Sekiranya jarak antara dua lokasi adalah 4 km dan secara amnya diketahui satu drum kabel mengandungi 2 km kabel sahaja jadi untuk jarak 4 km memerlukan 2 drum kabel fiber optik dan disambung antaranya.
Ada 2 jenis splicing yang digunapakai ketika menyambung 2 serat fiber optics :
a. Fusion Splicing
Fusion atau arc bermaksud pembakaran.
Jadi splicing adalah proses membakar atau melebur dua serat fiber yang dibuat daripada kaca untuk disambung.
b. Mechanical Splicing
Kedua dua serat fiber tersebut di selaraskan secara manual kedua dua hujung agar bertemu serapat yang mungkin.
Secara amnya fusion splicing menghasilkan loss yang agak rendah berbanding dengan mechanical splicing.
Fusion Splicing menggunakan alat penyambungan yang dipanggil sebagai Fusion Splicer atau Splicing Machine.
Manakala Mechanical Splicing tiada memerlukan alat yang khas melainkan alignment sleeve yang digunakan untuk menemukan dua hujung serat fiber sahaja.
TENAGAR PENGAJAR
Kursus ini dijalankan oleh tenaga pengajar yang diakreditasi oleh pihak HRD Corp
Sila scan QR Code untuk pengesahan dari pihak HRDCorp
Sila scan QR Code untuk pengesahan dari pihak HRDCorp
PENGENALAN KURSUS
Kursus 2 Hari Hands-ON Splicing ini bersesuaian untuk mereka yang baru mencebur di bidang fiber optik. Ianya memberi peluang pada peserta untuk membina pengetahuan yang luas samada di bidang teori mahupun praktikal disamping menambah kenyakinan diri ketika melakukan kerja kerja di tapak kelak.
Kursus 2 Hari Hands-ON ini dibina untuk menyediakan masa yang mencukupi untuk peserta menyerap teori dan membina keyakinan diri secara langsung. Dengan latihan praktikal yang diadakan selama dua hari, mereka akan berasa cekap dalam menyambung kedua-dua kabel dalaman dan luaran, menggunakan pelbagai peralatan dan alat pengujian sambungan fiber optik dengan berkesan samada ianya fiber jenis Singlemode mahupun Multimode.
Amalan keselamatan dan kebersihan di tempat kerja juga akan ditekankan agar proses splicing berjalan dengan baik.
Kenapa Pilih Kursus 2 Hari Hands-ON Splicing?
a. Lebih masa Hands-ON atau praktikal
Peserta mendapat latihan yang lebih baik untuk meningkatkan kemahiran splicing
b. Pemahaman yang lebih baik
Tidak tergesa-gesa semasa praktikal dijalankan
c. Latihan di tapak yang sebenar
Meliputi penyambungan antara dua kabel, penyelesaian masalah dan pembaikan
d. Latihan berkualiti tinggi
Memastikan peserta memperoleh kemahiran yang sebenar, bukan sekadar ilmu pengetahuan sahaja.
PERALATAN & PERKAKASAN FIBER OPTIK
Semua peralatan, perkakasan dan barangan pakai buang seperti kabel, aksesori termasuk peralatan pengujian akan disediakan oleh pihak kami.
Semua peralatan, perkakasan dan barangan pakai buang seperti kabel, aksesori termasuk peralatan pengujian akan disediakan oleh pihak kami.
LATIHAN PRAKTIKAL
Secara am, latihan praktikal untuk tugasan fiber optik adalah seperti berikut :-
- Persediaan kabel singlemode
- Penyambungan secara fusion pada penghujung kabel pada connector
- Penyambungan secara fusion antara kabel fiber optik
- Penyelesaian masalah berkaitan fiber optics
- Mechanical Splicing
- Testing & Troubleshooting menggunakan OTDR & VFL
PENGALAMAN DI BIDANG FIBER OPTIK
Digalakkan mempunyai asas dalam fiber optik.
SIAPA YANG PATUT HADIRI KURSUS INI
Sesiapa sahaja yang terlibat dalam bidang perancang, pemasangan, pengujian, pentauliahan & penyelenggaraan rangkaian fiber optik. Yang mempunyai pengalaman dalam bidang pengujian fiber optik adalah digalakkan.
Untuk maklumat lanjut, anda boleh Click to Chat WhatsApp Business kami..
APA YANG AKAN DIPELAJARI?
Pengenalan pada Fiber Optik& Amalan Keselamatan
- Asas, applikasi dan keselamatan
- Kabel dalaman vs kabel luaran
Pengenalan pada Perkakasan & Peralatan
- Stripping, Cleaning
- Cleaving, Splicing
- Testing, Troubleshooting
Splicing indoor fiber optics atau cable termination (Singlemode)
- Ini adalah proses untuk menyambung hujung fiber dengan connector.
Splicing Singlemode fiber optics with Multimode fiber optics
- Ini adalah proses untuk mengetahui samada kedua-dua jenis fiber ini boleh disambung atau sebaliknya
Splicing outdoor fiber optics cables (Singlemode )
- Ini adalah proses untuk menyambung dua kabel fiber optics yang memerlukan splicing enclosures & penyediaan kabel luaran
Mechanical Splicing
- Ini adalah proses untuk menyambung dua kabel fiber optics yang tidak memerlukan splicing machine.
Testing & Troubleshooting
- OTDR, VFL, Power Meter untuk test splice
- Penyelesaian Masalah dan Pembaikan
- Pengukuran (measurement) antara Fusion Splicing & Mechanical Splicing
Q&A, Recap & Wrap-Up
- Maklumbalas peserta
- Perbincangan berdasarkan pada pemerhatian
BAHASA PENGHANTAR
Bahasa penghantar adalah Bahasa Malaysia
LATAR BELAKANG PESERTA
- Pelajar tidak rabun warna memandangkan fiber optik mempunyai 12 warna asas.
- Tiada alahan pada alkohol isoprophyl.
- Penglihatan yang baik & tajam.
- Mempunyai kesabaran yang tinggi dalam menyempurnakan kerja-kerja praktikal.
NOTA PEMBELAJARAN
Kursus nota akan diberi pada hari kursus dalam bentuk PDF format
JADUAL KURSUS
KURSUS PAKEJ HANDS-ON SPLICING
PAKEJ SPLICING SOLO 1:1 (Non-Sharing Basis - 1 set peralatan ujian untuk 1 peserta)
Dalam pakej ini peserta melakukan hands-on fiber optik secara solo atau perseorangan seperti gambar di bawah.
Cuma seorang peserta sahaja yang akan menggunakan perkakasan dan peralatan fiber optik untuk tujuan praktikal atau hands-on.
Dalam pakej ini peserta melakukan hands-on fiber optik secara solo atau perseorangan seperti gambar di bawah.
Cuma seorang peserta sahaja yang akan menggunakan perkakasan dan peralatan fiber optik untuk tujuan praktikal atau hands-on.
PAKEJ SPLICING DUET 1:2 (Sharing Basis - 1 set peralatan ujian dikongsi dengan 2 peserta)
Dalam pakej ini peserta melakukan hands-on fiber optik secara duet atau berpasangan seperti gambar di bawah.
Dua orang peserta akan menggunakan perkakasan dan peralatan fiber optik yang sama untuk tujuan praktikal atau hands-on.
Dalam pakej ini peserta melakukan hands-on fiber optik secara duet atau berpasangan seperti gambar di bawah.
Dua orang peserta akan menggunakan perkakasan dan peralatan fiber optik yang sama untuk tujuan praktikal atau hands-on.
LOKASI KURSUS Sinaran's Training Center Wangsa Melawati Kuala Lumpur |
YURAN KURSUS Untuk NON HRD CORP SOLO (NON SHARING) 1 set peralatan ujian untuk 1 peserta sahaja. RM 2,300.00 seorang Min 2 pax Max 8 pax Kursus akan berjalan apabila mininum : Pakej Solo 2 peserta |
SBL KHAS SKIM HRD CORP SBL-Khas SOLO (NON SHARING) 1 set peralatan ujian untuk 1 peserta sahaja. RM 2,500.00 seorang Min 2 pax Max 8 pax Kursus akan berjalan apabila mininum : Pakej Solo 2 peserta Sila Klik link HRDCorp Grant untuk maklumat diperlukan dari kami sebelum membuat permohonan grant HRD Corp. Tarikh Kursus dipersetujui bersama. |
TERMA Harga yuran kursus kami tidak termasuk : a. tempat tinggal peserta sepanjang kursus b. makan & minum peserta sepanjang kursus c. Kelas & Ujian Sijil CA1C & Sijil CA2C Kami hanya menyediakan light refreshment. Nota akan hanya diberi sewaktu kursus. |
SIJIL KECEKAPAN FIBER OPTIK
Sijil Kecekapan Fiber Optik CA1C ( Dalaman) dan Sijil Kecekapan Fiber Optik CA2C (Luaran) adalah dikeluarkan oleh pihak MCMC@TM.
Untuk mendapatkan Sijil CA1C & CA2C para peserta dinasihatkan untuk mengambil Kelas Persediaan CA1C atau CA2C terdahulu sebelum mengambil ujian kecekapan.
Jika para peserta bercadang untuk mendapatkan Sijil Kecekapan CA2C & CA1C sila tekan link Maklumat ASAS Sijil CA1C & CA2C serta Kelas & Ujian Sijil Kecekapan CA1C & CA2C.
Untuk mendapatkan Sijil CA1C & CA2C para peserta dinasihatkan untuk mengambil Kelas Persediaan CA1C atau CA2C terdahulu sebelum mengambil ujian kecekapan.
Jika para peserta bercadang untuk mendapatkan Sijil Kecekapan CA2C & CA1C sila tekan link Maklumat ASAS Sijil CA1C & CA2C serta Kelas & Ujian Sijil Kecekapan CA1C & CA2C.
SOALAN LAZIM
PENDAFTARAN KURSUS
KURSUS FIBER OPTIK YANG BERKAITAN