SINARAN OPTIK
  • HOME
  • Our Services
    • Hands-ON Training >
      • 1-Hari OTDR Fiber Optik Praktikal (Melayu)
      • Ujian Kecekapan Fiber Optik
      • 1-Hari Pengujian & Pentauliahan
      • 2-Hari Fiber Optik Praktikal (Melayu)
      • 4-Hari Fiber Optik Praktikal (Melayu)
    • Sijil Kecekapan >
      • MASUK UJIAN CA
    • Accessories >
      • Patchcords
      • Pigtails
      • ProtectionSleeves
    • Test Gears & Tool Kits
    • Fiber Optics Case Studies
  • Contact Us
  • Why Us
    • Trainer's Profile
    • Our Esteemed Clients
    • Hands-ON Training Photos
    • Why Attend Our Fiber Optics Training?
  • My Blogs
    • Fiber Optics Blog
    • Biz Blog (In Malay)

Tip Untuk Strategi Pemasaran

1/6/2017

0 Comments

 
Picture
  1. Ujudkan kepercayaan antara pembeli dan penjual 
  2. Jika pembeli suka bercakap berterusan, penjual cuma perlu mendengar.. kalau pembeli orang parti pembangkang, penjual jadi parti pembangkang,,, kalau pembeli orang parti pemerintah, penjual pun perlu jadi parti pemerintah.. dalam ertikata lain main wayang.. Jika pembeli peminat Liverpool, penjual pun jadi peminat Liverpool walaupun pada hakikatnya penjual peminat Manchester City.
  3. Jadi penjual yang optimistik dan jangan menjual semua yang ada antara langit dan bumi ie. penjual perlu ada skill atau kemahiran dalam produk yang dijual
  4. Sentiasa buat "follow-up" samaada melalui social media atau email atau melalui perbualan telefon.  Tapi jangan selalu sangat, nanti pembeli naik fed up. Teruskan beri maklumat terkini mengenai produk anda.
0 Comments

Melawati Mall

1/4/2017

0 Comments

 
Picture

Melawati Mall yang terletak di Taman Melawati, Kuala Lumpur dijangka dibuka pada orang ramai pada Julai 2017.. 
Jika anda ingin menyewa business lot atau kiosk atau cart  anda boleh hubungi mereka untuk membuat pertanyaan.
Anda boleh layari www.melawatimall.com untuk pertanyaan online atau hubungi
​ +60 16 920 1000 or email  leasing@melawati-mall.com

Selamat Maju Jaya..


0 Comments

Lot Biz untuk disewa di EON, Wanga Maju

1/1/2017

0 Comments

 
Picture

Sesiapa yang berhajat dan berkemampuan untuk menyewa lot biz perniagaan di Big EON, Wangsa Maju, anda boleh hubungi nombor tertera di atas.

Ada beberapa lot kosong samada di aras Food Court atau kiosk atau push cart.

​Selamat Mencuba.

0 Comments

Keusahawanan dengan Watsons

7/27/2015

7 Comments

 
Picture
Jika anda mempunyai produk yang baru dan innovatif tetapi anda tidak tahu di mana dan bagaimana anda boleh pasarkan produk anda, anda boleh menyertai Watsons Innovation Day dengan menghantar produk anda untuk diperkenalkan pada Watsons.


Watsons adalah salah satu butik runcit kecantikan dan kesihatan di Asia dan anda boleh menggunakan pengalaman dan pemasaran Watsons untuk mempromosikan produk anda.

Terma & Syarat

Kelayakan

Anda perlu idea produk tetapi jika sekiranya idea anda masih lagi diperingkat permulaan anda perlu memulakan produksi anda pada suku pertama 2016.
Untuk produk yang telah berada di peringkat produksi, produk tersebut mestilah belum lagi dipasarkan.

Kategori Produk

Kategori produk adalah merangkumi dari produk kesihatan, penjagaan diri, penjagaan kulit, kosmetik hingga ke kecantikan dan gaya hidup asalkan produk tersebut mempunyai potensi untuk dilancarkan di Watsons Store atau Online Store.

Siapa yang boleh menyertai peraduan ini? 
Pemilik perniagaan, pembekal atau individu yang mempunyai kategori produk baru , produk yang berinovatif yang bersesuaian dengan produk kecantikan dan penjagaan kesihatan Watsons Malaysia.

Pembekal baru atau pembekal sediaada dengan pihak Watsons juga boleh menyertai peraduan ini.

Bagaimana untuk menyertai peraduan ini?
Anda boleh muat turun borang penyerataan di sini  [MS Excel Format], isi borang penyertaan, sertakan sekali dokumen sokongan dan email pada  innovationday@watsons.com.my


Tarikh tutup penyertaan
Tarikh tutup penyertaan adalah pada  5th August 2015 


Keputusan peraduan
Semua calon yang disenaraipendek akan dihubungi pada  10th of August 2015.

Anda dikehendaki mengadakan persembahan produk anda selama 20 minit dihadapan panel juri pada 20hb August 2015.
Semua para pemenang akan dihubungi oleh pihak panel juri pada 28hhb August 2015.

Hadiah untuk para pemenang
1 x Platinum winner: A&P package worth RM500,000
2 x Gold winner: A&P package worth RM250,000


Perlindungan patet produk
Untuk mendapatkan produk paten di Malaysia atau dikebanyakan negara di dunia, adalah penting produk anda belum lagi dipamerkan pada khalayak ramai sebelum anda menghantar produk untuk dipatenkan. 

Anda dicadangkan mendapatkan nasihat dari pihak profesional sebelum menghantar produk anda ke Watsons.

Untuk maklumat lanjut anda boleh layari - http://www.watsons.com.my/innovationday2015
7 Comments

July 26th, 2015

7/27/2015

0 Comments

 
0 Comments

July 03rd, 2015

7/4/2015

0 Comments

 
Picture

Berbisnes Sendiri Lebih Baik ?

Adakah berbisnes sendiri lebih baik dari makan gaji ?
Tapi jarang yang berkongsi pendapat mengenai asam garam berbisnes sendiri..

Meh kita bincang kenapa ramai nak berbisnes sendiri..

#1>  Den ada idea nak bisnes..
  • Memulakan bisnes agak sukar apatah lagi nak maintain sesebuah bisnes ianya lagi sukar. Lagipun tiada yang memberi tips bagaimana nak maintain dalam bisnes. 
  • Kalau ada pun kemungkinan ianya tak selari dengan bidang yang kita berbisnes atau pun sekadar nak buat kenyataan.

#2>  Den dah penat kerja untuk orang.. Nak jadi boss pulak..

  • Ramai yang sangka berbisnes sendiri adalah jalan untuk menjadi boss. 
  • Tapi ramai yang lupa berbisnes sendiri kita memerlukan sokongan dari pelanggan, pekerja atau keluarga. 
  • Mereka inilah sebenarnya boss kita. 
  • Empunya syarikat yang sebenarnya adalah seorang pekerja yang gaji & EPF perlu dibayar sendiri.

#3>   Hidup den seimbang kalau berbisnes sendiri
  • Satu lagi moto yang selalu diwar-warkan kalau berbisnes sendiri.
  • Kehidupan seimbang antara keluarga dan kerja kalau berbisnes sendiri katanya.
  • Tapi jangan lupa berbisnes sendiri anda perlu bekerja lebih dari 24 jam sehari.
  • Hujung bulan bil, hutang & keperluan bulanan perlu dibayar.
  • Memang benar dengan adanya  internet di mana mana boleh mengurus bisnes.
  • Tapi ramai yang lupa bila dah berinternet keluarga pun boleh di tolak ketepi sekejap walaupun tengah bercuti dengan anak-anak mahupun ketika tengah makan malam bersama.
  • Apatah lagi jika anda berniaga runcit. Rasanya keseimbangan tu dah berat kesebelah sana.

#4>   Den bebas dari bebanan kewangan bila berbisnes
  • Berbisnes sendiri memerlukan duit pada peringkat awalnya kecuali ada sugar daddy atau sugar mummy.
  • Majoriti yang berbisnes menggunakan duit sendiri, wang simpanan, berhutang dengan ahli keluarga mahupun menjual aset seperti kereta atau rumah.
  • Ianya merupakan beban kewangan pada peringkat awal.

#5>  Seronok sungguh berbisnes sendiri
  • Ya. Memang seronok.
  • Tapi tunggulah saat  bila pelanggan lambat bayar & hutang dok menunggu untuk dibayar apatah lagi perbelanjaan bulanan untuk keluarga.
  • Mana yang dok berbisnes menggunakan kad kredit atau pinjaman tunggu je lah orang dok talipon remind lambat bayar.
  • Perkataan seronok hanya sesuai dipakai apabila bisnes menjadi sukses dan orang keliling memuji-muji bagai tak boleh berhenti.



0 Comments

Tingkatkan Keupayaan Berfikiran Positif

3/23/2014

0 Comments

 

Jadikan Mentaliti Positif Anda Menuju Ke Arah Kehidupan Yang Lebih Cemerlang

Picture
Peningkatan & penukaran dari mentality negatif ke mentality positif berupaya untuk mengubah kehidupan seseorang dari segi aspek personaliti dan professionalisma.

Jika seseorang itu senantiasa berusaha mengubah gaya kehidupan dari arah baik atau dari arah yang senantiasa dirundung malang  atau musibah dan menuju ke ke arah kehidupan lebih baik seseorang itu seharusnya senantiasa berfikiran positif. 


Walaubagaimana pun sayugia diingatkan beberapa perkara yang harus disemat dikepala iaitu :
  • Seseorang yang cuba berusaha ke arah positif akan senantiasa dihantui dengan pemikiran negatif mereka yang terdahulu dan menyebabkan mereka cepat merasa berputus asa
  • Penukaran dan perubahan dari mentality negatif ke positif akan mengambil masa yang berkemungkinan dari beberapa hari ke beberapa bulan malah beberapa tahun. Ianya sukar ditetapkan memandangkan ianya lebih banyak  bergantung pada individu itu sendiri.

Berikut adalah langkah-langkah yang bakal membawa seseorang itu ke arah mentality positif..

Sentiasa Mengucap Kesyukuran.

Salah cara yang paling mudah untuk berfikiran positif adalah senantiasa mengucap kesyukuran. Sentiasa bersyukur dengan apa yang ada samada ianya nikmat sebesar zarah mahupun nikmat sebesar Lautan Hindi.

Bila seseorang itu mengucap kesyukuran ianya mendekatkan perasaan kasih  sayang dan terharu kepada dirinya sendiri. Itu menyebabkan seseorang itu berasa tenang dan menerima apa yang dialaminya samada yang baik mahupun yang buruk.

Waktu pagi adalah waktu yang terbaik mengucapkan kesyukuran apatah lagi sebaik sahaja anda bangun dari tidur. Ucap kesyukuran kerana anda dibangunkan dalam keadaan sihat walafiat setiap hari. 



Mulakan dengan mengucap kesyukuran dengan nikmat dan kesihatan yang diberi hari sebelum iaitu kesyukuran untuk diri anda dan keluarga anda. Tapi yang penting kesyukuran harus datang dari isi hati anda sendiri.

Sentiasa Memberi atau Bersedekah

Perasaan negatif yang ada pada anda selalunya muncul jika anda terlalu tumpu pada aspek-aspek negatif pada kehidupan yang sedang anda lalui.

Jadi dengan sentiada memberi atau bersedekah akan tidak sebanyak mengurangkan perasaan negatif yang anda lalui. Memberi atau bersedekah yang dimaksudkan bukan hanya semata mata berupa wang ringgit tetapi juga tenaga dan usaha anda pada keluarga, masyarakat , sahabat handai dan juga pada keadaan sekeliling.

Jika seseorang memerlukan pertolongan atau sumbangan, hulurkanlah bantuan secara ikhlas. Walaupan  pemberian anda sekecil zarah sekali pun ianya tetap membantu anda mengurangkan perasaan negatif yang ada pada anda secara anda tidak sedari.

Pernafasan
Perhatikan pernafasan anda jika anda berasa terlalu marah atau emosi.. Anda boleh rasa dada anda kembang dan kucup dengan kadar yang agak laju.  Tetapi jika anda menerima berita gembira sudah pasti anda bernafas seperti biasa. 

Begitu juga dengan perasaan negatif anda.. Anda boleh mengawal perasaan negatif anda sebagaimana anda mengawal pernafasan anda.

Mulakan mengawal pernafasan anda dengan langkah langkah berikut :-

  1. Tarik nafas menggunakan hidung sepanjang yang mungkin..
  2. Hembus nafas menggunakan mulut anda dengan  perlahan lahan . Bayangkan kesemua fikiran negatif anda keluar bersama sama mengikuti hembusan nafas anda.
Teknik pernafasan ini harus diulangi setiap hari .

Bayangkan Kejayaan

Duduk di atas kerusi d satu satu sudut yang sunyi sepi.

Dengan menutup mata anda bayangkan kejayaan atau perkara positif  yang telah anda lalui sebelum ini dan rasakan perasaan gembira anda. 
Pastikan perasaan gembira anda itu kekal dengan anda ketika anda membuka mata anda.

Ulangi berulang kali agar anda mudah mengawal perasaan positif anda.

Napoleon Hills

Jika anda pernah hadiri Kursus Minda atau Kursus Cepat Kaya atau Kursus Dimanakah Kekayaan Anda atau seangkatan dengannya, sudah pasti anda sinonim dengan perkara perkara yang dinyatakan di atas.
Hampir kesemua mereka yang menjalankan Kursus Minda ini samada dari dalam atau luar negara akan memberitahu anda langkah-langkah pemikiran positif seperti yang dinyatakan di atas.
Siapakah dia pengasas Kursus Minda ini?
Ianya tidak lain dan tidak bukan adalah Napoleon Hills.
Picture
Napoleon Hills  yang dilahirkan pada 26 Oktober 1883 dan meninggal dunia pada 8 November 197o. Keluarga beliau asalnya amat daif dan taat pada ugama Kristian. 

Pada tahun 1908 beliau bekerja sebagai seorang wartawan di mana beliau berkenalan dengan Andrew Carnegie seorang pengusahawan keluli yang terkenal pada masa tersebut. Dari situ Napoleon Hills telah berjaya menemuramah ramai usahawan-usahawan jutawan untuk mengetahui rahsia kejayaan mereka.

Pada tahun 1928 beliau dan Andrew Carnegie menghasilkan nukilan Law of Success yang menceritakan bagaimana seseorang itu boleh menjadi usahawan jutawan. 

Asalnya buku terbitan beliau pada 1928 banyak merujuk pada versa-versa kitab Injil yang berkaitan dengan kekayaan. 

Buku terbitan beliau Think & Grow Rich pada tahun 1930an menjadi top seller hampir selama 70 tahun.. 

Kebanyakan penganjur Kursus Minda samada di luar atau di dalam negara menggunakan buku terbitan beliau Think & Grow Rich sebagai asas menjana minda untuk mencapai kejayaan.

Di Malaysia pula, ada juga yang orang-orang Melayu yang beragama Islam menggunakan konsep Think & Grow Rich  dan diselitkan dengan versa-versa dari Al-Quran untuk memperkuatkan hujah hujah mereka.

Minda Positif & Al-Quran

Al-Quran diturunkan sejak tahun 1435 tahun yang lalu tetapi Napoleon Hills menemui rahsia mencapai kekayaan pada tahun 1930. Perbezaan hampir 500 tahun.

Tetapi kalau kita perhatikan langkah-langkah menuju ke kecemerlangan hidup sebagaimana yang disyorkan oleh Napoleon Hills ianya adalah sama dengan apa yang sudah tertulis dalam Al-Quran dan sunnah Nabi Muhammad SAW ataupun lebih baik lagi.

Bezanya, Al-Quran tidak menceritakan terlalu details sepertimana nukilan Napoleon Hills. 
Cuma orang Islam suka membaca Al-Quran tetapi jarang yang meluang masa untuk mengkaji dan memahami Al-Quran yang berkaitan dengan kehidupan seharian.

0 Comments

Cara Mudah Ingati Nama

3/20/2014

0 Comments

 

Tip-tip memori ingati nama kenalan baru anda

Picture
Ulangi nama kenalan baru anda ketika berbual
Ketika anda berjabat tangan dan memperkenalkan diri masing-masing, mulakan perbualan anda dengan mengulangi nama kenalan baru anda ..

" En. Muhammad Samad, nama saya Faiz... dan sebagainya
Dan ketika mengakhiri perbualan tamatkan perbuatan dengan mengulangi nama kenalan baru anda 
" Ok. En. Muhammad Samad, insyallah kita berjumpa lagi  atau
" Ok. En. Muhammad Samad, nanti saya akan emailkan harga barang-barang sebagaimana perbincangan kita sebentar tadi 

Tetapi ramai di antara kita menamatkan perbualan dengan diakhiri seperti berikut "-
"Ok Boss... nanti kita jumpa lagi.. atau
"Nanti Boss jangan lupa email kat saya...
Akhirnya apa yang berlaku, kita memanggil kesemua kenalan kita dengan perkataan "BOSS" termasuk petugas-petugas di kedai - kedai mamak.

Kaitkan nama kenalan baru anda dengan personaliti terkenal
Jika nama kenalan anda Ramzi cuba kaitkan namanya dengan pemain bolasepak yang ternama Ramsey dari Arsenal.. 

Kaitkan nama kenalan anda dengan perwatakan dan personalitinya
Daripada watak dan karakter kenalan anda cuba anda kaitkan nama kenalan baru anda dengan bentuk tubuh badannya. Jika kenalan anda gemuk dan pendek.. ingat Ramzi yang gemuk dan pendek.. atau si Mona yang berambut perang..


Ulangi dan baca kenalan baru anda bisnes kad
Bila anda bertemu dan berbual dengan kenalan baru anda, sentiasa pegang atau letak bisnes kad kenalan anda di depan anda. Sekali sekala ketika berbual baca nama kenalan anda. Selesai berbincang dengan kenalan anda, jangan lupa tulis sesuatu mengenai kenalan anda di belakang bisnes kadnya.

Gunakan applikasi handphone anda
Jika anda seorang yang tidak boleh berpisah dengan handphone anda, lebih mudah lagi jika anda muat turun applikasi memori yang ada dipasaran. Ada yang berbayar dan ada pula yang percuma. Ianya dapat membantu anda memudahkan lagi mengingati nama kawan anda.
Picture
0 Comments

Project Management | Pengurusan Projek

3/18/2014

1 Comment

 
Picture
Gambar di atas s menggambarkan apa yang  berlaku di tapak pengurusan.  Beban pengurusan projek diserahkan pada seseorang yang dipanggil Pengurus Projek atau Project Manager yang mana beliau harus berdepan dengan pihak pengurusannya dan konsultan-konsultan yang dilantik samada oleh pihak pengurusan mahupun dari pihak klien.


Apa itu Project Management atau Pengurusan Projek?

Kalau ikut Wikipedia inilah maksudnya..
Project management is the process and activity of planning, organizing, motivating, and controlling resources, procedures and protocols to achieve specific goals in scientific or daily problems.

Kalau ikut Project Management Institute inilah maksudnya...
Project management, then, is the application of knowledge, skills and techniques to execute projects effectively and efficiently. It’s a strategic competency for organizations, enabling them to tie project results to business goals — and thus, better compete in their markets.

Secara amnya seseorang itu menggunakan ilmu, bakat,teknik dan pengalaman yang dipelajari olehnya untuk memastikan sesuatu projek itu bermula dari poin A hingga ke poin Z dalam keadaan terurus dan lancar mengikut skrip yang di ukir terlebih dahulu.

Seseorang yang diamanahkan untuk mengurus sesuatu projek akan merancang terlebih dahulu dengan membuat pelbagai andaian dan "back-up"  proses sebelum membuat penjadualan pengurusan projek.

Di sinilah pengalaman dan ilmu memainkan peranan yang penting. Berdasarkan pada pengalaman seseorang dalam pengurusan projek yang terdahulu sedikit sebanyak membantu dalam memastikan setiap pengurusan aktiviti projek berjalan dengan lancar samada ianya berbentuk teknikal, pengurusan sumber manusia, kewangan dan jangkaan kelewatan yang melibatkan musibah dan sebagainya.

Jika dilihat seseorang yang mengurus projek akan selalunya meletak perkataan PMP di hujung nama mereke dalam bisnes kad mereka. 

Ianya bermaksud beliau telah mendapat pengiktirafan kompetensi dalam pengurusan projek dari institut PMI atau Project Management Institute yang berpusat di Amerika Syarikat. 

Anda boleh melayari website Project Management Institute dan jika ingin mendapat pengiktirafan PMP, anda boleh mengikuti kursus tersebut di Malaysia. PMI telah melantik beberapa syarikat tempatan mewakili mereka untuk menghasilkan kursus tersebut seterusnya mendapat "title" PMP..

Mengenai yuran pula, anda harus menjangka yuran PMP meliputi 4 angka.













1 Comment

October 19th, 2013

10/19/2013

0 Comments

 
LIME Cupcakes
Hari ni nak cuba resipi Lime Cupcakes
Picture
Ni cupcake yang dah siap dimasak.

1 cup butter
1 cup superfine sugar (gula halus)
2 cups self rising flour
1 teaspoon vanilla extract
4 eggs

Preheat oven to 175 Celcius.
Place all the above in large bowl.
Best with electric mixer till smooth and pale.
Spoon the batter into the cups.
Bake for 20 minutes.
Picture
Bahagian atas dipotong (jangan buang) dan dibuat lubang untuk diisi dengna filling lime juice


Bahan buat filling
1/3 cup lime juice ( buah limau warna kuning)
1 can condensed milk (susu pekat bukan krimer)

Combine lime juice and condensed milk in a medium bowl.

Masukkan filling dalam lubang yang dibuat dalam cupcake.
Tutup lubang cupcake dengan bahagian atas yang dipotong tadi.


Picture
Letak pula topping 

3 white egg
1/4 teaspoon cream of tartar ( serbuk putih)
1/3 cup granulated sugar (boleh ganti dengan gula icing atau gula kastor)
Beat the white egg and cream of tartar till soft peaks form.
Add one third sugar & beat for 1 minute. 
Repeat till all sugar has been added.


Guna sudu untuk letak topping atas cupcake.
Picture
Heat oven at 230 Celcius.
Bake for another 5 - 7 minutes  till topping turn into golden color.

Picture
Ni la rupanya bila dah masak.. Filling ditengah tengah cupcake.

Nanti kita cuba cupcake fiber optics..
0 Comments
<<Previous

    Author

    ME

    Archives

    January 2017
    July 2015
    March 2014
    October 2013

    Categories

    All
    Cupcake
    Filling
    Lime Juice

    RSS Feed

About Us
Contact Us
Our Location
Our Fiber Optics Courses
Fiber Optics Tool Kits / Test Gears
Our Fiber Optics Blog
© 2022 Sinaran Optik
All rights reserved. 
 Be successful in fiber optics by acquiring the right Attitudes, Skills, Abilities and Knowledge
  • HOME
  • Our Services
    • Hands-ON Training >
      • 1-Hari OTDR Fiber Optik Praktikal (Melayu)
      • Ujian Kecekapan Fiber Optik
      • 1-Hari Pengujian & Pentauliahan
      • 2-Hari Fiber Optik Praktikal (Melayu)
      • 4-Hari Fiber Optik Praktikal (Melayu)
    • Sijil Kecekapan >
      • MASUK UJIAN CA
    • Accessories >
      • Patchcords
      • Pigtails
      • ProtectionSleeves
    • Test Gears & Tool Kits
    • Fiber Optics Case Studies
  • Contact Us
  • Why Us
    • Trainer's Profile
    • Our Esteemed Clients
    • Hands-ON Training Photos
    • Why Attend Our Fiber Optics Training?
  • My Blogs
    • Fiber Optics Blog
    • Biz Blog (In Malay)