SINARAN OPTIK
  • HOME
  • Our Services
    • Hands-ON Training >
      • 1-Hari OTDR Fiber Optik Praktikal (Melayu)
      • Ujian Kecekapan Fiber Optik
      • 1-Hari Pengujian & Pentauliahan
      • 2-Hari Fiber Optik Praktikal (Melayu)
      • 4-Hari Fiber Optik Praktikal (Melayu)
      • 7-Hari Pemasangan Fiber Optik (Melayu)
    • Sijil Kecekapan
    • Accessories >
      • Patchcords
      • Pigtails
      • ProtectionSleeves
    • Test Gears & Tool Kits >
      • Cleaning Tool Kit
      • Splicing Machine
      • OTDR
      • Power Meter & Light Source
    • Fiber Optics Case Studies
  • Contact Us
  • Why Us
    • Trainer's Profile
    • Our Esteemed Clients
    • Hands-ON Training Photos
    • Why Attend Our Fiber Optics Training?
  • My Blogs
    • Fiber Optics Blog
    • Biz Blog (In Malay)

Maklumat Asas Sijil Kecekapan Fiber Optik CA1C & CA2C
​

PENGENALAN


​Sijil Kecekapan Fiber Optik di Malaysia adalah dikeluarkan oleh pihak TM di bawah seliaan MCMC atau SKMM.

Sijil Kecekapan Fiber Optik ini terbahagi kepada 2 jenis pensijilan iaitu :-
a. CA2C - pemasangan pengkabelan fiber optik bahagian luaran
b. CA1C - pemasangan pengkabelan fiber optik bahagian dalaman
​

Untuk mendapatkan Sijil Kecekapan Fiber Optik CA2C atau CA1C para peserta dikehendaki mengambil ujian yang berbentuk objektif yang merangkumi  teori ringkas fiber optik, pemasangan fiber optik, penyambungan fiber optik dan pengujian fiber optik. Ianya juga merangkumi isu-isu keselamatan di tempat kerja.


Kedua-dua sijil  CA1C atau CA2C boleh digunakan untuk mendaftar bidang  di bawah kategori E07 & E08 CIDB. Ianya juga diperlukan jika ingin memasuki tapak kerja untuk menjalankan kerja kerja telekomunikasi bahagian dalaman dan luaran.

PENGELUAR SIJIL KECEKAPAN FIBER OPTIK 


​Pengeluaran Sijil Kecekapan Fiber Optik adalah berbeza dari sebuah negara ke sebuah negara. Walaubagaimana tiada badan antarabangsa yang menyelia pengeluaran Sijil Kecekapan Fiber Optik sesebuah negara sebaliknya pengeluaran Sijil tersebut tertakluk pada pihak penguatkuasa di negara-negara tersebut.
​
Berikut adalah negara-negara yang mengeluarkan Sijil Kecekapan Fiber Optik di seluruh dunia.
| MALAYSIA  |  
CA 1C  - Indoor Fiber Optics
CA 2C - Outdoor Fiber Optics
| USA  |  
BICSI
ETA
Fiberoptic.com
FOA
​C-Net

| UK  |  
City & Guilds
​Cross Connect
Optical Technology OTT

Picture

SIJIL KECEKAPAN FIBER OPTIK DI MALAYSIA


​Sijil Kecekapan Fiber Optik CA1C & CA2C
Semua pemasangan  pengkabelan samada di bidang fiber optik atau copper di Malaysia harus dilakukan oleh mereka yang berkompeten sahaja atau yang mempunyai Sijil Kecekapan yang dikeluarkan oleh pihak MCMC. Gagal berbuat demikian pengarah syarikat boleh didenda sehingga RM 100,000.00 atau 6 bulan penjara.
Sila rujuk pada kenyataan mantan  Timbalan Menteri Sumber Manusia di SINI
​Pengiktirafan Sijil Kecekapan yang dikeluarkan oleh negara-negara lain
Sehingga hari ini, hanya Sijil Kecekapan Fiber Optik MCMC yang diiktiraf di Malaysia.
Sila hubungi lain-lain sijil kompetensi pengeluar untuk pengesahan.
​Pendaftaran CIDB & MOF
Kedua-dua Sijil Kecekapan diperlukan jika sekiranya anda ingin berdaftar di bawah kategori E07 & E08 CIDB dan juga dengan Kementerian Kewangan kategori telekomunikasi.
Ujian Sijil Kecekapan Fiber Optik CA1C atau CA2C
​
Sehingga kini, MCMC hanya melantik Telekom Malaysia (TM) sebagai agen tunggal untuk menjalankan kedua-dua ujian kecekapan fiber optik di Malaysia.
Format Ujian Kecekapan
​​Soalan ujian kecekapan CA1C dan CA2C adalah berbentuk objektif dan mengandungi sebanyak 50 soalan dan markah lulus adalah 70% atau 35/50.

Ujian hanya dijalankan di makmal komputer TM dan anda harus berdaftar terlebih dahulu dengan pihak TM untuk mendapatkan pengesahan tarikh, masa dan bilik ujian.

Keputusan ujian anda  akan diketahui sebaik sahaja anda menekan butang FINISH setelah anda tamat menjawab soalan-soalan yang diberikan dan sijil bidang kompetensi yang anda pohon akan diserahkan kepada anda melalui email.

TARIKH SAH TEMPUH SIJIL KECEKAPAN FIBER OPTIK


​Sijil Kecekapan Fiber Optik CA1C dan CA2C adalah sah sehingga tempuh 5 tahun dari tarikh lulus ujian.
Untuk pembaharuan sijil kecekapan ini anda hanya perlu membayar yuran sijil pembaharuan sahaja tanpa perlu menduduki ujian sekali lagi.
Jika anda gagal memperbaharui sijil kecekapan selepas tempuh 5 tahun kemungkinan anda harus menduduki ujian ini sekali lagi.
Picture

CONTOH SIJIL KECEKAPAN FIBER OPTIK SELEPAS OGOS 2018

Picture

CONTOH SIJIL KECEKAPAN FIBER OPTIK SEBELUM OGOS 2018

Picture
CA1C - INDOOR FIBER OPTICS / PREMIS PELANGGAN
Picture
CA2C - OUTDOOR FIBER OPTICS / RANGKAIAN
​Untuk maklumat lanjut, anda boleh Click-To-Chat dengan pihak kami.
Picture

Powered by Create your own unique website with customizable templates.
  • HOME
  • Our Services
    • Hands-ON Training >
      • 1-Hari OTDR Fiber Optik Praktikal (Melayu)
      • Ujian Kecekapan Fiber Optik
      • 1-Hari Pengujian & Pentauliahan
      • 2-Hari Fiber Optik Praktikal (Melayu)
      • 4-Hari Fiber Optik Praktikal (Melayu)
      • 7-Hari Pemasangan Fiber Optik (Melayu)
    • Sijil Kecekapan
    • Accessories >
      • Patchcords
      • Pigtails
      • ProtectionSleeves
    • Test Gears & Tool Kits >
      • Cleaning Tool Kit
      • Splicing Machine
      • OTDR
      • Power Meter & Light Source
    • Fiber Optics Case Studies
  • Contact Us
  • Why Us
    • Trainer's Profile
    • Our Esteemed Clients
    • Hands-ON Training Photos
    • Why Attend Our Fiber Optics Training?
  • My Blogs
    • Fiber Optics Blog
    • Biz Blog (In Malay)