top of page
Self Booking Slot Ujian
CA1C & CA2C

Ikut Langkah Berikut Untuk
Pendaftaran Ujian CA
Sila klik link Portal Ujian CA terlebih dahulu.
Anda akan dibawa ke sesawang seperti dipaparkan di bawah :-

Sila taip Nombor Kad Pengenalan peserta tanpa dash atau sengkang di kedua dua kotak atas dan bawah di halaman sesawang tersebut dan tekan butang LOGIN.
Anda akan dibawa ke laman OTP (6 digit code).
Di laman sesawang OTP ada dinyatakan email yang menerima OTP tersebut.
Pergi email tersebut dan masukkan OTP dan tekan butang NEXT
NOTA :-
Jika email yang tertera adalah milik orang lain atau milik ex-majikan terdahulu sila email ke certifying.agency@tm.com.my & maklumkan dalam email :
a. Masalah yang dihadapai (e.g. email sudah tidak aktif)
b. Nama Penuh
c. No. Kad Pengenalan
d. Email terkini.

Setelah memasuki 6 digit code OTP anda akan dilayarkan dengan paparan di bawah

Untuk pendaftaran ujian sila tekan EXAM LIST

Tekan butang NEW PRE-BOOK untuk pembelian token ujian terlebih dahulu

Setelah butang NEW PRE-BOOK akan dipaparkan sesawang berikut

Sila isi maklumat yang dikehendaki seperti berikut
Kotak MERAH : Select Skill Area (Pilih Jenis Ujian Kecekapan - CA1C, CA2C, CA1D, CA2D, CA1A, CA2A)
Kotak BIRU : Select Type - Pilih EXAM
Kotak UNGU : No. Of Pax - Jumlah Peserta
Sila tekan butang ADD untuk pembelian token

Setelah menekan butang ADD akan dipaparkan ringkasan token ujian untuk dibeli seperti dalam kotak BIRU
Sila klik butang HIJAU untuk persetujuan polisi data peribadi TM
Dan klik butang CONTINUE GENERATE QUOTATION

Akan dipaparkan quotation atau sebutharga pembelian token.
Jika setuju sila tekan butang CONFIRM PAYMENT

Anda akan dibawa ke bahagian Payment Gateway
Teruskan urusan pembayaran samada menggunakan Credit/Debit Card atau Personal Banking

Jika pembayaran berjaya akan dipaparkan resit pembayaran.
Untuk mendapat softcopy resit, sila tekan butang HERE yang berwarna merah.
Langkah yang berikut adalah menekan butang EXAM BOOKING untuk melihat pembelian token anda.

Kotak MERAH adalah ringkasan pembelian token ada.
Maklumat yang dipaparkan adalah :-
a. Tarikh pembelian token
b. No resit pembayaran
c. Jumlah token peserta
Untuk membuat self booking ujian CA sila tekan butang hijau BOOKING EXAM

Akan dipaparkan lokasi ujian serta tarikh yang di update oleh pihak TM dari masa ke semasa.
Contoh - jika ingin mendaftar ujian di TM Digital Academy, Cyberjaya sila tekan butang biru CENTRAL
Secara am
EASTERN - TM Marang
NORTHERN - TM Taiping
CENTRAL - TM Digital Academy, Cyberjaya
SOUTHERN - Samada TM Melaka atau TM Kulai
SARAWAK - TM Kuching
SABAH - TM Kota Kinabalu

Setelah menekan butang CENTRAL , akan dipaparkan maklumat yang dikehendaki seperti di atas.
Kotak MERAH - Skill Area (Jenis ujian)
Kotak HIJAU - Venue (Lokasi Ujian)
Kotak HITAM - Session / Time (Waktu ujian)
Kotak UNGU - No of Pax (Jumlah Peserta)
Setelah mengisi maklumat yang diminta sila tekan butang NEXT

Langkah seterusnya adalah mengisi maklumat peserta
Kotak MERAH - Name (Sila tulis nama penuh peserta seperti mana di dalam Kad Pengenalan)
Kotak BIRU - ID Number (Sila tulis nombor Kad Pengenalan peserta tanpa sengkang)
Kotak UNGU - Email Address (Sila tulis email individu peserta)
Setelah selesai sila tekan kotak NEXT
Ikut saja arahan di laman sesawang tersebut.
Selamat Mendaftar
bottom of page
