Anggaran & Bidaan Pemasangan Kabel Fiber Optik
(Maklumat akan ditambah dari masa ke semasa)
Anggaran & Bidaan
Anggaran diperlukan untuk mengetahui jumlah kos pemasangan fiber optik kabel yang sebenarnya.
Langkah pertama yang harus dilakukan ialah dengan membina carta pembinaan yang memudahkan langkah langkah anggaran seperti pembelian barangan kabel, aksesori, connector dan sebagainya serta kos pemasangan di tapak pembinaan.
Carta Anggaran
Setiap carta pembinaan harus dinyatakan tempuh masa yang diambil untuk menyempurnakan sesuatu kerja seperti pemasangan connector contohnya. Jika pihak pengeluar connector mengatakan pemasangan hanya mengambil masa 3 minit pastikan pihak pemasang harus mencuba dahulu di pejabat. Pastikan juga samada connector tersebut berbentuk Quick Install yang memerlukan kemahiran dan ilmu atau memerlukan barangan lain seperti epoxy dan lain-lain peralatan dan perkakasan yang diperlukan yang mungkin terlepas pandang. Pihak pemasang harus mencuba terlebih dahulu peralatan dan pekakasan fiber optik di pejabat sebelum dibawa ke tapak pembinaan kerana ini boleh menjimatkan masa "trial and error"sehingga 30%.
Ilmu Matematik & Komputer
Pihak pemasang harus mempunyai ilmu matematik yang kukuh serta mempunyai kemahiran dalam menyediakan spreadsheet. Agak ramai juga menanggung kerugian akibat tersalah formula dalam spreadsheet atau tersalah letak titik perpuluhan. Tidak kurang ramai juga yang tersalah letak nombor quantiti dan unit yang betul.
Imaginasi
Pihak pemasang yang bertanggungjawab menyediakan anggaran dan bidaan dalam spreadsheet harus mempunyai imaginasi mengenai langkah langkah kerja kerja pemasangan dan pengujian walaupun tidak berada ditapak pembinaan. Kebanyakan pihak pemasang yang berimaginasi ini selalunya dari mereka sudah berpengelaman dalam bidang pembinaan. Kurangnya imaginasi selalunya pihak pemasang terlepas pandang dalam langkah langkah pembinaan.
Pengelaman
Hanya pihak pemasang yang berpengelaman saja yang dapat menyediakan anggaran dan bidaan yang baik. Ini disebabkan pengelaman yang terdahulu memudahkan pihak pemasang menyediakan spreadsheet anggaran yang tepat. Untuk pihak pemasang yang baru menceburi dalam bidang pengkabelan adalah dicadangkan berusaha mencari taiko yang boleh membantu mereka.
Melawat Tapak
Adalah perkara wajib untuk melawat tapak pembinaan sebelum anda membuat anggaran dan bidaan.
Perkara yang harus diperhatikan semasa melawat tapak pembinaan adalah seperti berikut :
Berbincang Dengan Pihak Pengguna
Pihak pemasang seharusnya berbincang dengan pihak pengguna mengenai perkara perkara yang dijangkakan oleh pihak pengguna seperti jenis connector, kabel, splicing, peralatan & perkakasan, kawasan pemasangan atau jika pihak pengguna ingin "branded" peralatan pengujian.
Disamping itu, pihak pemasang harus mengambil tahu jika pihak pengguna ingin pekerja-pekerja mereka mendapat melakukan kerja kerja hands-on yang berkaitan.
Pihak pemasang harus berusaha untuk memberi input atau cadangan yang membawa kepada pengurangan kos pemasangan dan pemasangan alternatif jika sekiranya menemui kesukaran ketika melawat tapak.
Yang paling penting, pihak pemasang harus mencari maklumat mengenai latar belakang pihak pengguna seperti :-
Seterusnya jika dalam spesifikasi tidak jelas pihak pemasang harus menyatakan pada pihak pengguna secara telus agar mudah difahami dan dipersetujui oleh kedua dua belah pihak.
Akhir sekali, elakkan membuat bidaan secara membabi buta atau melengkapkan bidaan secara tangkap muat kerana ini boleh mengakibatkan pihak pemasang mengalami urusan kewangan yang serius dikemudian hari.
Memulakan Anggaran
Setelah mendapat semua maklumat yang diperlukan semasa melawat tapak dan setelah berbincang dengan pihak pengguna, inilah masanya untuk pihak pemasang memulakan membuat anggaran dengan menggunakan spreadsheet yang telah disediakan dalam komputer.
Pihak pemasang harus nyatakan dengan jelas kos & kuantitibarangan yang diperlukan disamping kos perkhidmatan yang bakal diberikan.
Bidaan
Bidaan adalah rakan rapat pada anggaran tetapi dalam bidaan pihak pemasang telah pun meletakkan jumlah keuntungan untuk pihak pemasang terus hidup dalam bidang perniagaan ini.
Pihak pemasang harus sedar bidaan bukan sekadar untuk membayar gaji pekerja semata mata tetapi bidaan yang cantik akan memastikan pihak pemasang sentiasa dalam perniagaan yang dalam keadaan selesa.
Dokumentasi
Dokumentasi adalah mengetahui dimana kabel dipasang, dimana penyambungan dilakukan, jenis dan kuantiti connector dan kabel yang digunakan dan sebagainya. Ini harus dinyatakan dengan selengkap lengapnya kerana ini akan memudahkan pihak pemasang ketika dalam proses bidaan, pembelian barang, pemasangan, pengujian dan pembaikpulih.
Selepas pemasangan dan pengujian berjaya dipasang, segala data data ini harus disimpan dengan baik kerana ianya boleh diguna pakai dalam bidaan yang akan datang ataupun digunapakai ketika tempuh jaminan.
Tempuh Jaminan
Tempuh jaminan selalunya termasuk dalam proses bidaan oleh pihak pengguna. Ini untuk memastikan jika ada kerosakan dalam masa 12 bulan segala kos membaik pulih adalah dibawah tanggungjawab pihak pemasang. Pihak pemasang harus menyatakan dengan jelas mengenai syarat syarat tempuh jaminan jika ianya melibatkan kerosakan yang dilakukan oleh pihak ketiga.
Dalam tempuh jaminan ini, dokumentasi memainkan peranan penting terutama sekali ketika membuat troubleshooting. Data data yang diambil ketika troubshooting akan dibuat perbandingan dengan data data pengujian ketika pemasangan untuk mengetahui sebab sebab kerosakan.
Dengan adanya dokumentasi yang baik dan lengkap, ianya dapat memudahkan kerja kerja urusan dalam tempuh jaminan dan menjimatkan kos buruh secara keseluruhan samada kerosakan disebabkan oleh pihak ketiga atau sebaliknya. Jika kerosakan berlaku disebabkan pihak ketiga pihak pemasang boleh membuat tuntutan yang selayaknya.
Tempuh jaminan inilah yang memberi ertikata yang sebenar samada pihak pemasang menanggung kerugian atau keuntungan.

- Adakah kabel lain yang telah sedia ada dan samada kabel sedia ada harus dialih terlebih dahulu
- Keadaan persekitaran
- Adakah perubahan antara lukisan schematic diagram yang diberi berbanding dengan keadaan tempat yang sebenar berubah jauh
- Apakah kerja kerja lain yang harus dilakukan sebelum pemasangan boleh dijalankan dengan jayanya
- Adakah mudah membawa keluar masuk peralatan dan perkakasan dan juga keperluan yang mesti ada
- Perhatikan dan ukur laluan kabel dan penamatan kabel
- Perhatikan dan catat kerja kerja extra yang harus dilakukan
- Catit dan catit semua isu yang berkaitan kerana ini memudahkan membuat anggaran.
Berbincang Dengan Pihak Pengguna
Pihak pemasang seharusnya berbincang dengan pihak pengguna mengenai perkara perkara yang dijangkakan oleh pihak pengguna seperti jenis connector, kabel, splicing, peralatan & perkakasan, kawasan pemasangan atau jika pihak pengguna ingin "branded" peralatan pengujian.
Disamping itu, pihak pemasang harus mengambil tahu jika pihak pengguna ingin pekerja-pekerja mereka mendapat melakukan kerja kerja hands-on yang berkaitan.
Pihak pemasang harus berusaha untuk memberi input atau cadangan yang membawa kepada pengurangan kos pemasangan dan pemasangan alternatif jika sekiranya menemui kesukaran ketika melawat tapak.
Yang paling penting, pihak pemasang harus mencari maklumat mengenai latar belakang pihak pengguna seperti :-
- Sudah berapa lama pihak pengguna berada di bidang perniagaan
- Adakah pihak pengguna membuat pembayaran yang lewat pada pihak pemasang
- Pihak pemasang harus membuat pertanyaan dikalangan sahabat sahabat pemasang untuk mengetahui keadaan kewangan pengguna.
Seterusnya jika dalam spesifikasi tidak jelas pihak pemasang harus menyatakan pada pihak pengguna secara telus agar mudah difahami dan dipersetujui oleh kedua dua belah pihak.
Akhir sekali, elakkan membuat bidaan secara membabi buta atau melengkapkan bidaan secara tangkap muat kerana ini boleh mengakibatkan pihak pemasang mengalami urusan kewangan yang serius dikemudian hari.
Memulakan Anggaran
Setelah mendapat semua maklumat yang diperlukan semasa melawat tapak dan setelah berbincang dengan pihak pengguna, inilah masanya untuk pihak pemasang memulakan membuat anggaran dengan menggunakan spreadsheet yang telah disediakan dalam komputer.
Pihak pemasang harus nyatakan dengan jelas kos & kuantitibarangan yang diperlukan disamping kos perkhidmatan yang bakal diberikan.
Bidaan
Bidaan adalah rakan rapat pada anggaran tetapi dalam bidaan pihak pemasang telah pun meletakkan jumlah keuntungan untuk pihak pemasang terus hidup dalam bidang perniagaan ini.
Pihak pemasang harus sedar bidaan bukan sekadar untuk membayar gaji pekerja semata mata tetapi bidaan yang cantik akan memastikan pihak pemasang sentiasa dalam perniagaan yang dalam keadaan selesa.
Dokumentasi
Dokumentasi adalah mengetahui dimana kabel dipasang, dimana penyambungan dilakukan, jenis dan kuantiti connector dan kabel yang digunakan dan sebagainya. Ini harus dinyatakan dengan selengkap lengapnya kerana ini akan memudahkan pihak pemasang ketika dalam proses bidaan, pembelian barang, pemasangan, pengujian dan pembaikpulih.
Selepas pemasangan dan pengujian berjaya dipasang, segala data data ini harus disimpan dengan baik kerana ianya boleh diguna pakai dalam bidaan yang akan datang ataupun digunapakai ketika tempuh jaminan.
Tempuh Jaminan
Tempuh jaminan selalunya termasuk dalam proses bidaan oleh pihak pengguna. Ini untuk memastikan jika ada kerosakan dalam masa 12 bulan segala kos membaik pulih adalah dibawah tanggungjawab pihak pemasang. Pihak pemasang harus menyatakan dengan jelas mengenai syarat syarat tempuh jaminan jika ianya melibatkan kerosakan yang dilakukan oleh pihak ketiga.
Dalam tempuh jaminan ini, dokumentasi memainkan peranan penting terutama sekali ketika membuat troubleshooting. Data data yang diambil ketika troubshooting akan dibuat perbandingan dengan data data pengujian ketika pemasangan untuk mengetahui sebab sebab kerosakan.
Dengan adanya dokumentasi yang baik dan lengkap, ianya dapat memudahkan kerja kerja urusan dalam tempuh jaminan dan menjimatkan kos buruh secara keseluruhan samada kerosakan disebabkan oleh pihak ketiga atau sebaliknya. Jika kerosakan berlaku disebabkan pihak ketiga pihak pemasang boleh membuat tuntutan yang selayaknya.
Tempuh jaminan inilah yang memberi ertikata yang sebenar samada pihak pemasang menanggung kerugian atau keuntungan.
Jika memerlukan khidmat menyediakan sebutharga pemasangan fiber optik atau mencari barangan, peralatan, perkakasan fiber optik sila klik CLICK To CHAT atau boleh juga mengisi borang pertanyaan di bawah ini.
Click for WhatsApp Click To Chat