SINARAN OPTIK
  • HOME
  • Our Services
    • Hands-ON Training >
      • 1-Hari OTDR Fiber Optik Praktikal (Melayu)
      • Ujian Kecekapan Fiber Optik
      • 1-Hari Pengujian & Pentauliahan
      • 2-Hari Fiber Optik Praktikal (Melayu)
      • 4-Hari Fiber Optik Praktikal (Melayu)
    • Sijil Kecekapan
    • Accessories >
      • Patchcords
      • Pigtails
      • ProtectionSleeves
    • Test Gears & Tool Kits
    • Fiber Optics Case Studies
  • Contact Us
  • Why Us
    • Trainer's Profile
    • Our Esteemed Clients
    • Hands-ON Training Photos
    • Why Attend Our Fiber Optics Training?
  • My Blogs
    • Fiber Optics Blog
    • Biz Blog (In Malay)

Langkah Sulung ke Arah Perniagaan Fiber Optics

Picture

Pengenalan 
Sebelum membuat langkah sulung ke arah perniagaan  fiber optik, seseorang sudah semestinya wajib menimba ilmu fiber optik. Ianya bukan hanya sekadar mengetahui teknologi fiber optik yang terbaru atau sekadar ketahui amalan pemasangan fiber optik tetapi ianya juga melibatkan isu isu lain yang mempengaruhi hala tuju perniagaan. Soalan yang harus diketengahkan ialah hala tuju perniagaan samada ianya melibatkan pemasangan bahagian luaran atau bahagian dalam atau kedua dua sekali. Apa beza antara kerja-kerja luaran dan dalaman?
Kerja-Kerja Luaran
Syarikat telekomunikasi seperti Telekom Malaysia, Digi  dan sebagainya menggunakan fiber optik sebagai laluan utama penghantaraan dan penerimaan maklumat yang mana semuanya melibatkan kerja kerja luaran. Kerja-kerja luaran termasuk pemasangan kabel di tiang-tiang telekomunikasi, laluan bawah tanah atau laluan di dasar laut dalam. Kesemuanya melibatkan pemasangan kabel dari beberapa kilometer hingga ke ribuan kilometer.
Majoriti jenis kabel yang digunakan di luaran adalah jenis singlemode fiber dan selalunya melibatkan helaian kuantiti fiber optik yang tinggi sehingga beribu helaian fiber optik dalam satu kabel.  Fiber optik diletak dalam kabel dan kabel pula direka ketahanan yang bersesuaian dengan keadaan persekitaran yang dipasang. Contoh kabel direka supaya tidak mudah dimakan oleh tikus atau tidak mudah terbakar pada suhu tinggi.
Pemasangan kabel melibatkan peralatan luaran seperti "cable pullers" dan juga lori untuk mengangkut kabel dram.
Kabel jarak jauh melebihi jarak 2 km selalunya memerlukan penyambungan antara kabel menggunakan fusion splicing machine. Connectors pelbagai jenis seperti LC, ST, FC atau SC  juga dipasang dihujung fiber menggunakan mesin yang sama. Dan peralatan pengujian OTDR digunakan untuk mengetahui kualiti fiber yang dipasang termasuk penyambungan.
Jika diperhatikan pelaburan kerja kerja luaran memerlukan pelaburan yang agak tinggi !.

Kerja-Kerja Dalaman
Kerja-kerja dalaman tidak memerlukan panjang kabel yang panjang seperti kerja-kerja luaran. Selalunya pemasangan kerja-kerja dalaman melibatkan jarak kabel fiber yang agak pendek dan jumlah helaian fiber tidak sebanyak seperti kerja-kerja luaran.
Jenis fiber yang digunakan adalah dari jenis multimode yang mana penamatan connector lebih mudah dilakukan berbanding dengan singlemode. Tetapi ada juga kerja-kerja dalaman yang menggunakan fiber jenis singlemode tetapi ianya bergantung pada kelajuan penghantaraan maklumat yang diperlukan oleh pihak pengguna.
Penyambungan antara kabel hampir tiada untuk kerja-kerja dalaman memandangkan panjang kabel yang kurang dari 2km kerana selalunya kabel dipasang antara bangunan ke bangunan.

About Us
Contact Us
Our Location
Our Fiber Optics Courses
Fiber Optics Tool Kits / Test Gears
Our Fiber Optics Blog
© 2022 Sinaran Optik
All rights reserved. 
 Be successful in fiber optics by acquiring the right Attitudes, Skills, Abilities and Knowledge
  • HOME
  • Our Services
    • Hands-ON Training >
      • 1-Hari OTDR Fiber Optik Praktikal (Melayu)
      • Ujian Kecekapan Fiber Optik
      • 1-Hari Pengujian & Pentauliahan
      • 2-Hari Fiber Optik Praktikal (Melayu)
      • 4-Hari Fiber Optik Praktikal (Melayu)
    • Sijil Kecekapan
    • Accessories >
      • Patchcords
      • Pigtails
      • ProtectionSleeves
    • Test Gears & Tool Kits
    • Fiber Optics Case Studies
  • Contact Us
  • Why Us
    • Trainer's Profile
    • Our Esteemed Clients
    • Hands-ON Training Photos
    • Why Attend Our Fiber Optics Training?
  • My Blogs
    • Fiber Optics Blog
    • Biz Blog (In Malay)