SINARAN OPTIK
  • HOME
  • Our Services
    • Hands-ON Training >
      • 1-Hari OTDR Fiber Optik Praktikal (Melayu)
      • Ujian Kecekapan Fiber Optik
      • 1-Hari Pengujian & Pentauliahan
      • 2-Hari Fiber Optik Praktikal (Melayu)
      • 4-Hari Fiber Optik Praktikal (Melayu)
    • Sijil Kecekapan
    • Accessories >
      • Patchcords
      • Pigtails
      • ProtectionSleeves
    • Test Gears & Tool Kits
    • Fiber Optics Case Studies
  • Contact Us
  • Why Us
    • Trainer's Profile
    • Our Esteemed Clients
    • Hands-ON Training Photos
    • Why Attend Our Fiber Optics Training?
  • My Blogs
    • Fiber Optics Blog
    • Biz Blog (In Malay)

Isu Keselamatan (Safety)  Fiber Optik

Picture

Apa maksud itu keselamatan atau safety fiber optics?

Isu keselamatan atau safety ketika melakukan pemasangan fiber optik samada ketika penarikan kabel, penamatan fiber optik, pengujian atau ketika penyelanggaraan harus diambil perhatian serius oleh semua pihak yang terlibat.
Ini kerana kesilapan yang melibatkan isu isu keselamatan boleh menyebabkan :-
  • menghasilkan kualiti pemasangan yang kurang baik
  • kecederaan pada pemasang
  • kematian yang tidak sepatutnya terjadi di tapak kerja
Adalah menjadi tanggungjawab semua yang terlibat dalam kerja kerja pemasangan fiber optik agar sentiasa memastikan kesemua tenaga kerja patuh pada isu isu keselamatan dan dikawal selia untuk memastikan kesemua kerja kerja adalah patuh pada piawaian.

Kerja kerja penamatan fiber optik melibatkan risiko kecederaan pada pemasangan terutama sekali ketika melakukan penamatan fiber optik di mana lebihan kaca yang dipotong atau "cleaved" boleh menyebabkan kecederaan yang serius pada pihak pemasang.

SOP Keselamatan

Isu keselamatan di tempat kerja adalah sebahagian dari kos pemasangan samada disukai atau tidak. Kebanyakan syarikat sudah menetapkan SOP (Standard Operating Procedure) dari segi keselamatan pekerja atau keselamatan di tempat kerja sebagaimana yang dikehendaki oleh pihak berwajib.
​

Isu Keselamatan Pengendalian Gentian Optik

Isu keselamatan yang paling penting ketika mengendali pemasangan fiber optik adalah ketika penamatan fiber optik dilakukan.  Memandangkan saiz diameter gentian optik adalah terkecil iaitu 125 mikron atau 0.000125 meter, cara pengendalian harus menjadi keutamaan kerana gentian optik adalah diperbuat daripada kaca dan ianya mudah patah dan pecah menjadi serpihan kaca yang halus pada "stress" atau tekanan yang tinggi.
 
Ketika penamatan dilakukan, hujung fiber optik akan dipotong 90 darjah atau "cleaved" dan menghasilkan lebihan panjang fiber. Lebihan panjang fiber ini adalah terlalu tajam dan mudah menembusi kulit manusia atau memasuki mata pemasang jika potongan atau "cleaving" dilakukan berhampiran dengan mata. Dengan sebab itu adalah digalakkan memakai keselamatan cermin mata dan sarong tangan.

Adalah disyorkan agar selepas proses pemotong fiber optik, lebihan fiber optik tersebut dikutip dan diletakkan dalam bekas khas.

​

Isu Keselamatan Mata

Cahaya yang digunakan untuk membawa maklumat melalui gentian optik adalah dalam bentuk LASER atau LED jika ianya jenis multimode dan jenis LASER sahaja jika ianya jenis Singlemode.

LASER pula ada 2 jenis yang digunakan samada 
a. jenis LASER yang boleh dilihat dengan mata
b. jenis LASER yang tidak boleh dilihat dengan mata

Jenis LASER yang boleh dilihat dengan mata selalunya digunakan untuk tujuan troubleshooting contoh :-
a. menentukan kesinambungan fiber optik yang telah ditarik dari point A ke point B.
b. mengesan fiber optik yang patah akibat tekanan atau bending 
c. mengesan makrobending
d. untuk menentukan kedudukan atau penomboran helaian gentian fiber optik

Jenis LASER yang tidak boleh dilihat dengan mata adalah cahaya yang digunakan untuk menghantar maklumat seperti video, suara dan data.

Cahaya yang boleh boleh dilihat dan tidak boleh dilihat dengan mata tidak menyebabkan kesakitan pada mata atau menyebabkan mata pemasang berkelip. Tetapi sebaliknya gelombang cahaya tersebut boleh merosakan retina mata pada jangkamasa panjang. Jika ianya dilihat terlalu dekat dengan mata boleh mengakibatkan kerosakan pada mata. 

Oleh itu untuk menjaga mata dari terkena pancaran cahaya LASER adalah digalakkan pemasang :-
a. tidak melihat hujung gentian optik dengan mata kasar. 
b. tidak melihat secara terus pada  sumber cahaya peralatan pengujian
c. menutup semua connector penutup connector (end-cap)
d. mengikat hujung fiber yang tidak digunakan dengan pita
e. kesemua kotak penamatan gentian optik diletak label amaran LASER
f. gunakan power meter atau fiber identifier untuk mengetahui kehadiran LASER dalam gentian optik

Isu Keselamatan Bahan Kimia

Ada beberapa bahan kimia digunakan ketika penamatan connector fiber optik dilakukan. Diantaranya adalah seperti berikut :-
Alkohol
  • jenis isoprophyl 99.99% tulen
  • mudah terbakar
  • berhati hati ketika menggunakan alkohol berhampiran dengan peralatan fusion splicer, curing oven dan lain lain peralatan yang boleh menyebabkan letupan atau kebakaran.
Adhesives
  • epoxy
  • anaerobic
  • UV curable 
  • digunakan ketika penamatan fiber optik pada connector
  • Jauhi dari tersentuh pada kulit dan mata
  • Digunakan bukan pada ruang terkurung
Index Matching Gel
  • digunakan pada Quick Connector atau Mechanical Splicing
  • digunakan untuk mengurangkan Fresnel Reflection dan optical return loss.
  • jika tersentuh menyebabkan ketidakselesaan pada bahagian mata

Isu Keselamatan UV Light Source 

  • UV Light Source atau Sumber Cahaya Ultra Violet adalah digunakan untuk mengeraskan UV adhesive.
  • Digunakan ketika penamatan connector dan mechanical splicing
  • Merbahaya pada mata dan boleh menyebabkan kanser kulit
  • Dinasihatkan menggunakan pelindung cermin mata yang boleh menyerap cahaya UV. 

Isu Keselamatan Canned Compressed Air (Tin Mampat Udara)

Peralatan pembersihan fiber optik yang diperbuat daripada tin aluminium yang dimampatkan dengan udara agak merbahaya jika ianya bocor atau terlebih tekanan udara. Ini berlaku apabila tin ini disimpan atau diletak di tempat yang panas atau sudah dalam keadaan rosak.
Pengguna peralatan pembersih jenis ini harus membaca label amaran yang tertera di tin tersebut kerana ianya :
  • mudah terbakar
  • tidak boleh digunakan di tempat yang terkurung
  • tidak boleh  digunakan di lokasi kerja yang ada percikan api
  • tidak boleh digunakan di lokasi kerja yang ada pembakaran terbuka
Tekanan udara yang tinggi yang dihasilkan ketika proses pembersihan boleh merosakkan komponen fiber optik akibat daripada perubahan suhu yang mendadak yang mengubah suhu spesifikasi komponen tersebut.

Isu Keselamatan Di Manhole

Ramai pemasang pengkabelan fiber optik atau kuprum telah ramai dijumpai tidak sedarkan diri atau menemui maut tanpa disedari ketika melakukan kerja kerja pemasangan di dalam manhole atau ruang terkurung.
Ini kerana adanya gas-gas beracun yang wujud di dalam manhole tersebut. Jenis-jenis gas  yang terdapat dalam manhole adalah seperti berikut :-
  • Hydrogen Sulfida - yang boleh menyebabkan pemasang terus tidak sedar diri dan akhirnya menemui maut. 
  • Karbon Dioksida - yang menyebabkan sesak nafas
  • Methane - yang boleh menyebabkan letupan jika adanya percikan api
  • Oksigen - bilangan oksigen yang tinggi boleh menyebabkan kebakaran
​Pemasang yang terhidu gas-gas beracun ini boleh menyebabkan mereka terus pengsan atau pitam dan jika tidak dibantu dalam beberapa minit awal boleh menyebabkan kerosakan pada otak.

Adalah penting mereka yang hendak membuat pemasangan pengkabelan fiber optik atau kuprum mempunyai Sijil Keselamatan Ruang Terkurung yang dikeluarkan oleh pihak NIOSH.

Isu Keselamatan Pemasangan di Tiang

Untuk pemasangan & penamatan kabel gentian optik langkah langkah keselamatan berikut harus dilaksanakan sebelum memanjat tiang menggunakan tangga. Langkah-langkah tersebut adalah seperti di bawah :-
  • Menguji ketahanan tiang
  • Menggunakan tali untuk mengangkat peralatan ke atas
  • Menguji Kecondongan Tangga
  • Memakai pakaian keselamatan termasuk full body harness

Isu Keselamatan Peralatan dan Perkakasan

Semua jenis peralatan dan perkakasan pemasangan kabel menjurus kepada kecederaan pada pemasang jika tidak digunakan dengan betul. Pemasang harus menjaga peralatan dan perkakasan dengan baik dan tahu menggunakan dengan cara yang betul.
Berikut disertakan langkah berjaga-jaga :-
Tangga
  • Menggunakan tangga yang diluluskan oleh pihak pengguna.
Pemotong Kabel
  • Ianya mesti dipastikan sentiasa tajam dan mudah memotong saiz kabel yang besar
Syringes & Needles
  • Digunakan untuk menyuntik epoxy, matching gel dan anaerobic adhesive ke dalam connector atau mechanical splices
  • Dinasihatkan disimpan dan dibuang pakai pada tempat yang bersesuaian untuk mengelak anggapan orang sekeliling yang anda terlibat dalam penagihan dadah.
Microscope
  • Digunakan untuk melihat kebersihan permukaan connector.
  • Ianya boleh membesarkan gambar permukaan connector sehingga 400x ganda.
  • Elakkan melihat connector menggunakan microscope ketika mengguna Visual Fault Locator kerana boleh merosakan mata dengan cepat.

​

Google's Ad

Kenapa pengkabelan fiber optics perlu diaudit?

Picture
  • Setiap pemasangan pengkabelan fiber optics samada kabel fiber optics atau aksesori komponen mempunyai jangka hayat yang dalam lingkungan 20 - 30 tahun.
  • Tetapi tempuh jangka hayat setiap komponen atau kabel fiber optics  akan berkurangan jika pemasangan atau penggunaan kabel dan aksesori fiber optics tidak dipasang atau cara penggunaan tidak mengikuti spefikasi yang ditetapkan oleh pihak pengeluar.

Berapa kerap audit perlu diadakan?

Sekurang-kurangnya setahun atau dua tahun sekali untuk memastikan loss atau kehilangan fiber optics sentiasa dalam spesifikasi yang ditetapkan kerana loss fiber optics akan senantiasa bertambah secara gradual dari setahun ke setahun.

Bagaimana audit dilakukan?

  • Secara visual dari segi pemasangan kabel dan komponen
  • Menggunakan peralatan dan perkakasan fiber optics yang khusus untuk menilai tahap kualiti fiber optics dan komponen sedia ada.
Picture
Picture
Picture
Picture

Jika anda memerlukan pengkabelan fiber optics sedia ada untuk diaudit atau memerlukan bantuan untuk ketahui tahap pemasangan pengkabelan fiber optics sila hubungi pihak kami seperti di bawah atau boleh klik di simbol message di bawah kanan anda
Picture
Click for WhatsApp Click To Chat


    Pengauditan Fiber Optics

    [object Object]
Submit
About Us
Contact Us
Our Location
Our Fiber Optics Courses
Fiber Optics Tool Kits / Test Gears
Our Fiber Optics Blog
© 2022 Sinaran Optik
All rights reserved. 
 Be successful in fiber optics by acquiring the right Attitudes, Skills, Abilities and Knowledge
  • HOME
  • Our Services
    • Hands-ON Training >
      • 1-Hari OTDR Fiber Optik Praktikal (Melayu)
      • Ujian Kecekapan Fiber Optik
      • 1-Hari Pengujian & Pentauliahan
      • 2-Hari Fiber Optik Praktikal (Melayu)
      • 4-Hari Fiber Optik Praktikal (Melayu)
    • Sijil Kecekapan
    • Accessories >
      • Patchcords
      • Pigtails
      • ProtectionSleeves
    • Test Gears & Tool Kits
    • Fiber Optics Case Studies
  • Contact Us
  • Why Us
    • Trainer's Profile
    • Our Esteemed Clients
    • Hands-ON Training Photos
    • Why Attend Our Fiber Optics Training?
  • My Blogs
    • Fiber Optics Blog
    • Biz Blog (In Malay)